Kelas Ms PowerPoint, Klik Dengan Bijak & e-Learning

26 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Ogos 2020, PI Bogag telah menjalankan kelas MS powerPoint, Klik Dengan Bijak & pembelajaran Bahasa Inggeris secara atas talian.

Kelas bermula dengan peserta diberikan taklimat ringkas KDB berkenaan topik óversharing’ bagi memastikan para peserta menjadi pengguna yang bijak dan lebih berwaspada dan bertanggungjawab ketika berinteraksi di media sosial. Peserta kemudiannya diberikan tugasan untuk membuat slaid pembentangan berkenaan topik tersebut menggunakan Ms PowerPoint bagi meningkatkan kemahiran mereka menghasilkan slaid yang menarik dan ringkas.

Seterusnya, para peserta diperkenalkan kepada laman permainan interaktif untuk belajar Bahasa Inggeris iaitu www.gamestolearnenglish.com dan berpeluang bermain beberapa permainan untuk menguji dan meningkatkan kemampuan mereka berbahasa Inggeris.

Aktiviti ini dijalankan pada hari Selasa bermula dari pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali